Konsep
Wawasan 2020 mula diperkenalkan bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang 2020 secara
menyeluruh. Antara pendekatan yang harus dilakukan ialah melalui beberapa
perkara di bawah ini :
1. Pembentukan sebuah Negara Bangsa :
Negara bangsa ialah negara berdaulat
yang didiami oleh satu bangsa. Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan
rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang
tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental. Rakyatnya akan menikmati
kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan mempunyai keyakinan yang
tinggi terhadap sistem pemerintahan negara. Faktor-faktor yang membawa kepada
pembentukan negara bangsa ialah lingua franca, integrasi, kewarganegaraan,
patriotisme dan demokrasi. Dalam usaha pembentukan negara bangsa ini, kerajaan
memfokus dan melaksanakan strategi iaitu memperkasakan Bahasa Kebangsaan,
memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap
seni, warisan dan budaya bangsa serta membina jati diri dan semangat patriotik
dalam diri individu.
Pembentukan sebuah negara bangsa
menjadi prasyarat kepada kemajuan negara kerana rakyatnya mempunyai satu
pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Tanpa penyatuan pemikiran dan
kerjasama, kemajuan negara tidak akan tercapai.
2. Membentuk negara perindustrian :
Ekonomi Malaysia melalui proses
transformasi yang pesat dari sebuah negara yang dulu ekonominya bergantung
kepada sektor pertanian kepada sebuah negara yang berteraskan sektor industri
yang berkembang maju. Barangan perkilangan kini menyumbang lebih 80.0% daripada
jumlah eksport negara, dengan barangan elektrik dan komposisi industri yang terlibat,
negara ini bertaraf industri maju, namun hakikatnya ekonomi Malaysia telah
melalui suatu era perindustrian yang pesat. Perkembangan sektor perindustrian
kini bukan setakat untuk memenuhi keperluan domestik semata-mata, tetapi lebih
kepada usaha untuk menembusi pasaran global. Fenomena yang sama turut berlaku
dalam sektor perkhidmatan. Cabaran terbesar yang perlu dihadapi kini ialah
bagaimana cara meningkatkan keupayaan ekonomi negara dalam menghadapi era
globalisasi supaya dapat terus bersaing di pasaran antarabangsa. Dalam waktu
yang sama, tingkat kebajikan penduduk terus dapat dipelihara. Justeru, ekonomi
Malaysia harus mampu memenuhi tuntutan globalisasi dan lebih bersedia
menghadapi era pascaindustri yang lebih mencabar. (Rujukan : Ishak Yussof,
Nor Aini Idris dan Basri Abdul Talib. 2006. “Ekonomi Malaysia Ke arah
Pascaindustri”.)
Hal ini bukan sahaja melibatkan
transformasi kehidupan berpaksikan pertanian tetapi juga melibatkan
transformasi ekonomi, sosial, kebudayaan dan teknologi. Masyarakat negara maju
didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi serta
inoivasi dan bukan sahaja mencedok dan mengubahsuai semata-mata.
3. Keadilan ekonomi dan sosial
Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil
dalam bidang ekonomi dan sosial memang suatu yang penting bagi mewujudkan
negara maju dan bersatu ke arah wawasan 2020. Hal ini kerana untuk mengelak
dari wujudnya masyarakat tercicir kerana akan berlaku salah anggap terhadap
ketidakadilan bantuan untuk setiap lapisan masyarakat dari segi pembangunan
ekonomi dan sosial. Keseimbangan ini penting supaya wawasan ke arah negara maju
akan dicapai.
4. Membentuk masyarakat bermoral dan
beretika tinggi :
Nilai dan masyarakat amat berkait
rapat. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik, masyarakat tersebut
mampu hidup harmoni dan berkembang maju . Anggota dalam sesebuah
masyarakat terdiri daripada individu, keluarga, organisasi dan
masyarakat itu sendiri. Etika nilai penting dalam kehidupan masyarakat kerana
ia berhubung dengan perlakuan tingkahlaku masyarakat manusia sama
ada baik atau buruk. Negara dapat berkembang maju dan pesat tanpa gangguan.
Malaysia kepada sebuah negara maju
berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan corak negara-negara maju
yang wujud sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang
sempurna dan tidak hanya diukur daripada sudut pembangunan materialistik
sahaja. Oleh itu, dalam gagasan ini kerajaan bertekad untuk mewujudkan
sebuah masyarakat yang sempurna berlandaskan kepada nilai-nilai moral dan etika
yang tinggi. Kehendak ini adalah bertepatan dengan cabaran ketujuh yang
terkandung dalam Wawasan 2020. Cabaran ketujuh tersebut adalah membentuk
sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang
lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat
tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan
yang kukuh lagi mantap.
Masyarakat yang sempurna seharusnya
berpegang teguh kepada falsafah moral dan etika yang tinggi demi untuk
kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara. Menghayati dan mengamalkan
falsafah moral dan etika adalah penting kerana kemajuan daripada segi kebendaan
sahaja akan menyebabkan sesebuah masyarakat dan negara itu pincang. Penghayatan
dan amalan nilai-nilai moral dan etika oleh setiap anggota masyarakat akan
menjadi penghalang dalaman kepada mereka untuk tidak menyalahgunakan kemahiran
atau kelebihan yang dimiliki untuk mengganggu hak orang lain.
5. Melahirkan modal insan kelas
pertama :
Untuk mempersiapkan diri kita didalam
organisasi dan misi negara ke arah negara maju menjelang 2020, pembangunan
modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan. ‘Minda Kelas
Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi
keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri
tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan
moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang
bersifat holistik.
Justeru, langkah kerajaan di bawah
pimpinan mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melahirkan belia
Minda Kelas Pertama adalah bertepatan sekali dengan misi dan visi negara untuk
mencapai sasaran Negara Dunia Pertama. Dalam konteks dunia global, modal insan
bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Demikian antara ungkapan
penting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan RMK-9.
Perdana Menteri berpendapat, pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran
warga satu cabaran terbesar. Dengan kata lain, pembangunan modal insan dalam
RMK-9 turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi
falsafah hidup, agama dan moral. Minda Kelas Pertama secara mudah difahami
sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan
individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi
aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
6. Menjadikan Malaysia sebagai
destinasi pelaburan antarabangsa
Sekiranya Malaysia berjaya menjadi
sebuah destinasi pelaburan antarabangsa, ini akan menguntungkan untuk
menambahbaik kehidupan rakyat dan menambah dana bagi pembangunan negara dan
menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.
Oleh itu, apa yang perlu dilakukan
ialah, merancang, menggubal dan melaksanakan Dasar-dasar Perdagangan dan
Industri supaya berkembang dengan pesat ke arah Pencapaian Dasar Ekonomi Negara
dan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Hal ini juga
penting untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih dan
menjadi antara negara pedagang yang paling berdaya saing pada tahun 2020. Selain itu, promosi dan mengatur strategi
daya saing global Malaysia di arena perdagangan antarabangsa dengan
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi
perlu dilakukan bagi mencapai hasrat
sebagai sebuah negara maju.menjelang tahun 2020.
7. Mewujudkan persekitaran kondusif
Hal ini penting bagi menggerakkan
pertumbuhan ekonomi negara. Dalam RMK-10,
Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40
peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program
pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
Persekitaran yang kondusif ini
membolehkan rakyat Malaysia bersaing dengan negara luar dari segi persekitaran
yang menjadi elemen kejayaan Malaysia di arena antarabangsa. Kemudahan seperti
premis perniagaan, perindustrian, pengangkutan, infrastruktur dan juga
kemudahan awam memberi imej positif Malaysia kepada negara luar.
Contohnya sistem pengangkutan domestik
dan antarabangsa yang maju, selamat dan mesra alam serta berteknologi tinggi
sangat penting bagi malaysia untuk mencapai misi berstatuskan negara maju.
Misalnya pelaksanaan projek mega Mass Rapid transit tinggi Malaysia menjadi
ikon kepada pembangunan negara belum cukup untuk mengecapi imej sebagai negara
maju. Malaysia masih perlu membangunkan jaringan pengangkutan tanpa sempadan
sama ada domestik atau intra. Ini merupakah salah satu contoh sahaja. Banyak
lagi contoh-contoh lain yang memungkinkan Malaysia memajukan persekitaran
supaya tidak mustahil untuk mencapai status negara maju melaluui kerjasama antara
pentadbir dan rakyat yang ditadbir.
Rumusan :
Dalam konteks mencapai status negara maju
menjelang 2020, beberapa elemen penting seperti yang dihuraikan tadi menjadi
asas yang perlu dilaksanakan dan dicapai agar kekangan bagi mencapai hasrat
tersebut tidak akan menganggu gugat misi negara untuk ke arah bersaiang dan
menempatkan diri dalam senarai negara maju dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.