Usaha Meningkatkan Pelaburan Asing di Malaysia
Nota Sumbangan Oleh :
Rohana Othman
SMK Agama Sibu, Sarawak
Pelaburan asing merupakan
salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara
meningkat,mewujudkan pekerjaan kepada penduduk dan menigkatkan kemajuan dalam
aktiviti ekonomi. Oleh itu kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah bagi
menggalakkan pelaburan asing di negara ini.
Langkah pertama yang
dijalankan ialah mengadakan skim galakan kepada para pemodal. Skim
galakan merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan
asing. Dalam usaha ini, kerajaan telah memberi beberapa kelebihan kelebihan
kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh
tertentu. Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini,kerajaan juga
harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki
ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan.
Selain itu,kerajaan
Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menghantar rombongan perdagangan bagi menarik
pelaburan dari Luar negeri. Rombongan-rombongan ini bertujuan untuk menyedarkan
pelabur asing mengenai potensi pelancongan di Malaysia sama ada melalui seminar
pelaburan,mesyuarat atau laporan media massa. Maklumat-maklumat pelaburan untuk
pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia di seberang
laut.
Di samping itu,kerajaan
Malaysia juga menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak
perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak
perindustrian dan kemudahan infrastukturini bertujuan untuk menarik minat
pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baharu di sini. Dengan adanya
prasarana yang lengkap,sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing
melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana ia menjimatkan kos
penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.
Kerajaan Malaysia juga
tidak ketinggalan memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja bagi
menarik ramai pelabur asing. Selaras dengan matlamat ini,kerajaan telah
melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan
kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula,kerajaan melalui pelbagai agensi telah
mempergiat program penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik untuk
pengeluaran moden dan lain-lain.
Banyak lagi usaha dan langkah yang perlu dititik beratkan khasnya bahagian penyelidikan dan pembangunan. Melalui R&D sebenarnya Malaysia dapat meneroka peluang dan melalui inovasi yang dilakukan juga negara sebenarnya tidak ketandusan idea untuk bersaing sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi.
Kesimpulannya, pelaburan
asing akan terus meningkat sekiranya kerajaan Malaysia berusaha menyediakan
suasana yang kondusif dan menjamin
keselamatan pelaburan asing di negara ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.