Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat
kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut
Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan
rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan
fikiran, pendapat
dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang
berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya.
Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan
menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970
dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional.
Secara terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman.
Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa
mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan
prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang
liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga
menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat.
Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara
akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat
mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.