Monday, 28 January 2013

Budaya "Tak Pe"


Budaya “tak pe” dalam pemakanan menyebabkan ramai orang merana dan menderita kerana kesihatan merupakan aset penting kepada setiap individu. Ini kerana masyarakat kadang-kadang melihat pemakanan yang baik merupakan suatu yang mudah dan ”tak pe” jika tidak mengamalkan pemakanan sihat pada masa sekarang. Budaya ”tak pe” juga menjadikan masyarakat mangsa kepada penyakit moden, seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung. Seandainya sikap ”tak pe” dalam pemakanan terus menjadi budaya dalam masyarakat kita, tidak mustahil negara kita memiliki lebih ramai rakyat yang tidak sihat pada masa akan datang. (Norkumala Awang : Majalah Visi, keluaran September 2008 : 31-34)

Kita juga perlu mengelak daripada mengamalkan sikap ”tak pe” dalam menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri. Kebersihan diri juga dapat dipelihara jika kita mengamalkan cara hidup sihat seperti tidak merokok. Ini kerana amalan merokok turut menjejaskan kebersihan diri kita kerana ia boleh menyebabkan gigi menjadi kuning dan nafas berbau. Sikap acuh tak acuh atau ”tak pe” dalam menjaga kebersihan diri menyebabkan diri kita mudah terdedah kepada pelbagai penyakit kulit seperti kurap dan panau serta penyakit-penyakit lain seperti cirit birit, taun dan sebagainya. (Rosmidzatul Azila Mat Yamin : Majalah Visi, keluaran September 2008 : 17-18)

 Aspek kebersihan persekitaran merangkumi pemeliharaan alam sekeliling. Kebersihan persekitaran dapat dipelihara jika setiap individu dalam masyarakat dapat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjada persekitaran di mana-mana sahaja. Namun jika kita amati, pada hari ini, rata-rta tahap kesedaran dalam menjaga kebersihan terutamanya kebersihan persekitaran masih di tahap rendah dalam kalangan masyarakat. Buktinya kita masih lagi melihat sampah dibuang di merata-rata tempat seperti di tempat-tempat awam dan juga tempat-tempat rekreasi. Sungai-sungai di negara ini masih lagi menjadi ”tong sampah” kepada segelintir masyarakat kita walaupun banyak tong sampah disediakan. Walaupun pelbagai usaha giat dan berterusan dijalankan oleh pihak kerajaan dan badan-badan korporat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar, kita sebagai individu pula masih ramai yang bersikap ”tak pe”, ”tak peduli” dan ”tak kisah”. Keadaan ini sedikit sebanyak membantutkan usaha kerajaan dan badan-badan terlibat menangani masalah tersebut sehingga ke akar umbi. Masih ada lagi antara kita membuang sampah di merata-rata tempat seperti cebisan tisu dan pembalut gula-gula kerana pada anggapan mereka, ”tak pe” kerana nanti ada orang yang akan mengutipnya. Tiada langsung keinsafan akan tanggungjawab masing-masing. (Rosmidzatul Azila Mat Yamin : Majalah Visi, keluaran September 2008 : 18)

Tuesday, 22 January 2013

Pelaburan Asing di Malaysia

Usaha Meningkatkan Pelaburan Asing di Malaysia
Nota Sumbangan Oleh :
Rohana Othman
SMK Agama Sibu, Sarawak

Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal  asing menyebabkan pendapatan negara meningkat,mewujudkan pekerjaan kepada penduduk dan menigkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi. Oleh itu kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

Langkah pertama yang dijalankan ialah mengadakan skim galakan kepada para pemodal.   Skim galakan merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, kerajaan telah memberi beberapa kelebihan kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini,kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan.

Selain itu,kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  menghantar rombongan perdagangan bagi menarik pelaburan dari Luar negeri. Rombongan-rombongan ini bertujuan untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelancongan di Malaysia sama ada melalui seminar pelaburan,mesyuarat atau laporan media massa. Maklumat-maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian   Malaysia di seberang laut.

Di samping itu,kerajaan Malaysia juga menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan  infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastukturini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baharu di sini. Dengan adanya prasarana yang lengkap,sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana ia menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.

Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja bagi menarik ramai pelabur asing. Selaras dengan matlamat ini,kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula,kerajaan melalui pelbagai agensi telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik untuk pengeluaran moden dan lain-lain.

Banyak lagi usaha dan langkah yang perlu dititik beratkan khasnya bahagian penyelidikan dan pembangunan. Melalui R&D sebenarnya Malaysia dapat meneroka peluang dan melalui inovasi yang dilakukan juga negara sebenarnya tidak ketandusan idea untuk bersaing sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi.

Kesimpulannya, pelaburan asing akan terus meningkat sekiranya kerajaan Malaysia berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin  keselamatan pelaburan asing di negara ini.

IKS : Cabaran IKS di Malaysia


Industri Kecil dan Sederhana
Nota Sumbangan Oleh :
Rohana Binti Othman
SMK Agama Sibu, Sarawak

Industri kecil dan sederhana (IKS) merujuk perniagaan atau perusahaan yang mempunyai modal berbayar RM25,000 dan menggunakan antara 50-200 orang pekerja. Kebanyakan IKS di negara ini berfokus kepada perusahaan makanan,tekstil,batik,logam dan sebagainya. Walaupun IKS ini berpontensi yang luas dalam konteks negara kita,tetapi ia menghadapi banyak cabaran dalam usaha pembangunan.

Cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan latihan pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di kawasan luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha –pengusaha yang kurang berpendidikan. Mereka menggunakan teknologi teknologi yang rendah kerana tidak memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini.

Selain itu,industri ini menghadapi cabaran dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat  pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini.

Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan,misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah  dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.

Kesimpulannya, industri ini perlu diberi sokongan dan galakan agar menjadi satu kompenen dalam sumbangan kepada KDNK negara. 

Rukun Negara : Matlamat dan Kepentingannya Kepada Negara


Tidak dinafikan setiap daripada kita tahu kelima-lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara.Tetapi persoalannya, berapa ramaikah dalam kalangan rakyat negara ini yang benar-benar faham atau menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai asas dalam pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, cintakan negara dan cintakan kedamaian.

Sebenarnya kelima-lima prinsip Rukun Negara ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Di dalamnya terangkum kesemua nilai-nilai hidup yang menjadi pegangan kita – memegang serta mengamalkannya tanpa rasa berbelah bagi untuk memastikan bukan sahaja rakyat Negara ini hidup aman damai tetapi juga memastikan keamanan dan kestabilan Negara terjamin.

Melalui Rukun Negara, antara objektif  masyarakat yang hendak dilahirkan oleh Malaysia ialah seperti berikut :.
1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat  negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

3. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang  kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matalamat perpaduan negara. kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang Negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkansatu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidan gsains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

Friday, 18 January 2013

"Mereka" dan PBS Pengajian Am

PBS (Kerja Kursus) Pengajian Am ~Dalam Proses~

Minggu ini calon Pra "U" SMK Agama sudah mula menghasilkan bahagian sinopsis dan berbincang mengenai soal selidik dan temubual yang bakal dilakukan pada hujung minggu ini.

Semoga terus berusaha dan dipermudahkan oleh Allah SWT.. Amin.




Wednesday, 16 January 2013

IDEA, WAWASAN DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Rukunegara

Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya. Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara  terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah  untuk mencapai perpaduan yang lebih erat  di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.



Mesyuarat Penyelarasan PBS STPM Baharu 2013/2014

Mesyuarat Penyelarasan PBS STPM Baharu 2013/2014 Peringkat Zon Tengah (Sibu/Sarikei/Mukah/Kapit) telah berlangsung pada 14/1/2013 yang lepas. Terima kasih atas usaha dan komitmen para PD yang telah memberi input yang jelas kepada kami GPS ni...

Semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT... Input yang diberi amat berguna untuk ditaklimatkan dan diguna untuk membimbing calon STPM dalam proses penulisan kerja kursus Pengajian Am (900/4) mereka.

Terima kasih sekali lagi...