Oleh :
Nurul
Fazillia Binti Maizan (6A Ghazali)
LATAR BELAKANG
Dasar ini dijalankan selama 10 tahun
serta telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011 dan telah
menggantikan Dasar Pertanian Negara.Dasar ini diadakan untuk menangani isu
bekalan makanan di Malaysia.Dengan dasar ini , ia memberi jaminan bahawa jumlah
yang bekalan makanan mencukupi dan juga selamat untuk dimakan di negara
ini.Selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan
tinggi dan adalah dijangka bahawa Dasar Agromakanan akan meningkatkan
pendapatan golongan petani dan usahawan tani.Seterusnya,membolehkan
perkembangan sektor pertanian sebagai industri yang mantap dan berdaya tahan.
OBJEKTIF
1)Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat
dimakan
2)Menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang
berdaya saing dan mampan
3)Meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani
STRATEGI
1)Meningkatkan pengeluaran dan bekalan makanan
2)Meningkatkan akses kepada makanan
3)Menstabilkan harga makanan
4)Menjamin keselamatan makanan dan pemakanan
KEPENTINGAN PERLAKSANAAN
1)Menjamin bekalan makanan negara
2)Meningkatkan sumbangan industri agromakanan
3)Melengkapkan rantaian nilai
4)Memperkasa modal insan
CABARAN
1)Mengekalkan harga pada paras berpatutan kepada pengguna
2)Teknologi
3)Penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan petani
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.