Tuesday, 22 January 2013

Rukun Negara : Matlamat dan Kepentingannya Kepada Negara


Tidak dinafikan setiap daripada kita tahu kelima-lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara.Tetapi persoalannya, berapa ramaikah dalam kalangan rakyat negara ini yang benar-benar faham atau menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai asas dalam pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, cintakan negara dan cintakan kedamaian.

Sebenarnya kelima-lima prinsip Rukun Negara ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Di dalamnya terangkum kesemua nilai-nilai hidup yang menjadi pegangan kita – memegang serta mengamalkannya tanpa rasa berbelah bagi untuk memastikan bukan sahaja rakyat Negara ini hidup aman damai tetapi juga memastikan keamanan dan kestabilan Negara terjamin.

Melalui Rukun Negara, antara objektif  masyarakat yang hendak dilahirkan oleh Malaysia ialah seperti berikut :.
1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat  negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

3. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang  kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matalamat perpaduan negara. kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang Negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkansatu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidan gsains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.