Friday, 19 April 2013

GRAF GARIS

Graf Garis Memesong

Graf Garis Kompaun

JENIS-JENIS GRAF BAR PIRAMID

Ada beberapa jenis Graf Bar Piramid.
Sila lihat contoh graf di bawah :







Kegiatan Kokurikulum


Elemen Kokurikulum sama pentingnya kurikulum akademik kita selaras dengan Falsafah Pendidikan  Negara yang berobjektif untuk  melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Badan atau unit beruniform merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang penting. Contoh badan beruniform di sekolah ialah seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya. 

Sumber : Kadet Polis SMKA Sibu 2013

Kegiatan badan beruniform berperanan untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana peserta unit beruniform perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Misalnya, ketika latihan berkawad, setiap anggota harus mematuhi arahan ketua pasukan  masing-masing sehingga memiliki rentak yang sama semasa bergerak. Semangat berdisiplin ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka sehingga tidak melanggar peraturan sekolah dan bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan sendiri. Oleh itu, remaja yang berdisiplin  dapat resepikan sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah khasnya jenayah juvenil.

Badan beruniform juga menjadi tunjang untuk mewarnakan  pemimpin negara yang berwibawa.  Hal ini demikian kerana, melalui kegiatan dalam pasukan  beruniform, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur pengalaman dalam  pasukan beruniform dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin di masa akan datang.


Anggota pasukan beruniform juga lebih berdikari  berbanding dengan pelajar lain. Lazimnya, pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kegiatan  tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi.  Melalui kegiatan sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti mereka perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Nilai berani, gigih, inisiatif, proaktif dan tabah akan dipupuk dalam sanubari setiap peserta untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. 

Badan beruniform juga dapat mewujudkan kerjasama antara pelajar yang berlainan bangsa. Semasa menjalankan kegiatan, pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi,  tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai "hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah." Ahli pasukan beruniform bukan sahaja menjalani aktiviti di dalam sekolah tetapi juga dalam  gabungan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa. Anggota badan beruniform berpeluang berinteraksi dengan anggota dari sekolah lain bahkan negeri lain sehingga terjalinlah hubungan mesra antara generasi muda yang berbezaan latar belakang. Kerjasama mereka akan mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme dalam sanubari generasi muda kita sehingga merealisasikan 1 Malaysia.

Melalui aktiviti badan beruniform juga, pelajar dapat menentukan kerjaya masa depan mereka. Hal ini demikian kerana setelah menyertai kegiatan pasukan pakaian seragam,  mereka dapat mencungkil bakat mereka dan minat mereka dalam bidang tertentu.  Misalnya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah lazimnya berminat menjadi doktor, jururawat dan pegawai kesihatan apabila dewasa kelak.  Anggota Kadet Polis berpeluang besar untuk diterima dalam pasukan Polis Diraja Malaysia kerana sejak di bangku sekolah mereka telah menjalani pelbagai latihan ala polis di sekolah. Ternyata,  anggota badan beruniform dapat menentukan hala tuju kerjaya mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Rumusannya, kegiatan badan beruniform berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti, iaitu berdisiplin, beramanah, berketerampilan, bekerjasama, bertanggungjawab serta bersemangat kental dan waja diri . Untuk mencapai pembangunan fizikal dan mental negara, generasi yang berjati diri dan berwawasan.



BAHAGIAN B

GRAF GARIS
(Rujukan : http://pam900d.blogspot.com/)

Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu untuk memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis berwarna dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan ( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk menunjukkan jumlah, graf garis ini unik
(a) dua paksi y
(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah kanan.
(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut
(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah maksimum dicapai